Jumaat, 26 Jun 2015

Jumaat, Jun 26, 2015
Di Ugut Bunuh Kerana Terpijak Bunga Jiran | Satu keluarga layak digelar jiran ganas kerana bukan saja sanggup bergaduh, malah mengupah orang untuk mengugut bunuh jiran mereka hanya kerana tersilap pijak pokok bunga dalam kejadian di Puchong, kelmarin.


Difahamkan, keluarga mangsa baru saja kehilangan anak sulung mereka dan seorang ahli keluarganya terpijak pokok bunga milik jiran berkenaan ketika menghadiri majlis pengebumian itu.

Sumber polis berkata, kira-kira jam 4 petang pada hari kejadian, ramai ahli keluarga mangsa yang berusia 45 tahun mengunjungi rumahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak sulung mangsa yang baru meninggal.

Katanya, ketika itu dengan tidak sengaja ada ahli keluarga yang terpijak pokok bunga rumah jiran dan mangsa hanya menyedarinya selepas jirannya seorang wanita berusia 50-an menjerit selain meminta ganti rugi.

“Bagi mengelak keadaan menjadi keruh, mangsa menyerahkan RM50 dan meminta maaf.

“Mangsa pada mulanya menganggap isu remeh itu sudah selesai, namun pada waktu malam, anak wanita itu menyerang mangsa pula,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/60217?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.