Jumaat, 26 Jun 2015

Jumaat, Jun 26, 2015
Elizabeth Tan Nafi Jadi Punca Utama Adira Putus Tunang | Ketika kecoh Adira telah putus tunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin. Timbul pula nama Elizabeth Tan yang dikatakan menjadi punca utama pasangan ini putus tunang.

Elizabeth Tan Nafi Jadi Punca Utama Adira Putus Tunang

Elizabeth pantas menafikan dirinya menjadi punca namun mendedahkan yang Shahrul sendiri dilihat berusaha mendekati dirinya.

“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. If ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back”

“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata Elizabeth kepada Rotikaya.

Elizabeth mengakui dia sedih dengan perkara tersebut namun dalam masa yang sama tidak mampu mengawal apa yang mahu diperkatakan oleh setiap orang.

PENAFIAN SHAHRUL

Sementara itu, menurut Shahrul pula, dia berhubung dengan Elizabeth Tan hanyalah atas urusan kerja dan tidak lebih daripada itu.

“Tidak ada hal personal mahupun ajak keluar atau sebagainya. Kalau nak dikatakan flirt (mengorat) tak mungkin. Sebab ramai lagi kaum wanita lain yang kerjasama dalam apa saja program atau campaign saya”

“Adira girlfriend saya… betul, kerana sewaktu itu belum bertunang. Kita harus bersangka baik. Saya pernah dilabel sombong, muka ketat sebelum ini. Mungkin sebelum mereka duduk mengenali saya,” katanya kepada Rotikaya.

Adira Putus Tunang?

Selain itu Shahrul juga tidak menyalahkan Elizabeth kerana memahami situasi tersebut dan menyifatkan mungkin Elizabeth panik dan tidak mahu ada kaitan.

“Sesiapa saja kalau dikaitkan tentang hubungan orang lain, akan cuba protect diri mereka. Saya tak salahkan dia. Mungkin ada salah faham. Saya mesra dengan semua orang tak kira lelaki atau perempuan bila soal kerja”

“Setakat ambil berat tanya makan dah atau sebagainya dalam perbualan kerja, saya rasa tak salah. Bahkan dengan staff saya yang lain saya layan mereka sama saja,” jelasnya lagi.

Selain itu, Shahrul mengakui sudah putus tunang beberapa bulan yang lalu dan dalam masa yang sama memohon izin agar dia dan juga Adira mencari kabahagiaan masing-masing.

sumber
http://www.rotikaya.com/elizabeth-tan-nafi-jadi-punca-adira-putus-tunang/



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.