Khamis, 4 Jun 2015

Khamis, Jun 04, 2015
Erra Fazira Harap Isu Bertudung Tidak Jadi Bahan Kutukan | Erra Fazira berharap, keputusannya memakai tudung tidak menjadi bahan bualan orang ramai khususnya pengikut media sosial sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan gaya penampilan barunya itu.

Erra Fazira Harap Isu Bertudung Tidak Jadi Bahan Kutukan

Kata Erra, sebagai orang baru yang berhijrah dalam usaha menjadi wanita muslimah sejati, dia berharap semua pihak mendoakan kebaikan buat dirinya dan bukan menghentam.

"Kita sepatutnya mendoakan dan saya percaya perlahan demi perlahan saya dan mereka (yang berhijrah) akan melakukan perubahan mutlak. Janganlah hentam yang teruk benar. Menegur tidak salah, tetapi biarlah berhemah. Yang penting penghijrahan itu dalam diri," katanya

Pelakon itu mengesahkan dia kini sudah bertudung sepenuhnya bersempena dengan malam Nisfu Syaaban yang jatuh pada malam Isnin lalu.

Katanya,  sudah tiba masanya dia mengubah penampilannya ke arah wanita muslimah memandangkan niat itu sudah lama disimpan.

Erra Fazira Harap Isu Bertudung Tidak Jadi Bahan Kutukan

"Alhamdulillah... Allah bukakan hati ini. Sebenarnya sudah lama dah (hasrat mahu bertudung), tetapi rasa itu terpanggil kuat apabila masuknya Nisfu Syaaban.

"Dah tak mahu fikir-fikir panjang dan mencari alasan lagi, laksanakan terus niat itu," ujarnya.

Tambah Erra, dia berharap penghijrahannya itu dipermudahkan dan imej itu akan kekal selama-lamanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/03/erra-bertudung/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.