Rabu, 10 Jun 2015

Rabu, Jun 10, 2015
Gambar Intim, Aliff Aziz Mohon Maaf | Hujung minggu lalu, sebuah akhbar mingguan telah mengeluarkan laporan yang menegur Aliff Aziz yang dilihat kini sedang hangat dan asyik dilamun cinta bersama kekasihnya, Bella Astilla. Bagaimanapun, Aliff mengakui terkesan dengan teguran tersebut.

Gambar Intim, Aliff Aziz Mohon Maaf

“Saya seorang yang terbuka dengan komen-komen nasihat serta kritikan yang diberi tetapi laporan yang ditulis terlalu keras dan bagi saya bukan cara itu nak beri nasihat. Ia ditulis seolah-olah kami berkelakuan tidak senonoh”

“Bukan itu caranya jika ingin memberi nasihat. Kasihanilah keluarga kami yang pastinya akan terkena tempias hanya kerana laporan itu. Saya tahu reputasi saya bukannya bagus sangat tetapi tidak bermakna kisah kami boleh ditulis begitu. Lagipun saya sedang berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik”

Gambar Intim, Aliff Aziz Mohon Maaf

Mengakui dia tidak boleh terlalu terlebih-lebih dalam melakukan sesuatu perkara kerana boleh mengundang cakap-cakap orang dan meminta maaf kerana memuat naik gambar mesra bersama kekasih di akaun Instagram miliknya.

Kekerapan memuat naik foto mesra kami bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk, tetapi ini adalah cara saya menyampaikan rasa cinta pada dia (Bella) dan pada masa sama ingin berkongsi detik bahagia ini bersama peminat," ujarnya.

sumber
http://www.rotikaya.com/aliff-aziz-minta-maaf-isu-gambar-mesra-dengan-kekasih/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.