Rabu, 24 Jun 2015

Rabu, Jun 24, 2015
Gila, Ketagih Nak Cium Bau Seluar Dalam Wanita | Seorang lelaki berusia 44 tahun disiasat polis selepas lebih 150 coli dan seluar dalam wanita ditemui di rumahnya.

Gila, Ketagih Nak Cium Bau Seluar Dalam Wanita

Lelaki yang masih belum berkahwin dan dikenali sebagai Liang itu ditangkap selepas dia dirakam mencuri di sebuah buah kedai pakaian.

Rakaman itu menunjukkan Liang melalui kedai berkenaan yang menjemur pakaian dalam wanita.

Dia memberhentikan vannya sebelum mengambil beberapa pasang pakaian itu dan melarikan diri.

Pemilik kedai menyerahkan pita rakaman itu kepada polis yang kemudian menjejaki Liang.

Mereka menemui longgokan coli dan seluar dalam ketika menyerbu kediamannya. Jurucakap polis berkata, Liang mengaku mencuri pakaian itu.

“Saya tidak boleh tidur tanpa meramas dan mencium bau seluar dalam yang saya curi daripada orang ramai,” katanya.

Dia mengaku mencuri pakaian dalam itu sejak tiga tahun lalu.

“Walaupun kerugian dari segi kewangan tidak besar, tetapi perbuatannya menyebabkan wanita di bandar ini trauma,” kata polis. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/59762#sthash.7ohuuKdo.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.