Selasa, 2 Jun 2015

Selasa, Jun 02, 2015
Ibu tetak anak 12 tahun sampai mati kerana enggan makan sayur | Kerana enggan memakan sayur yang dihidangkan, seorang ibu bertindak kejam apabila menetak anak kandungnya sendiri dengan menggunakan parang sehingga mati.

Ibu tetak anak 12 tahun sampai mati kerana enggan makan sayur

Kejadian Sabtu lalu itu berlaku ketika Lisma, 53, makan bersama anak lelakinya, Eman Wijaya, 12, di rumah mereka di kampung Tanjung Muning di Muara Enim dekat sini.

Lisma berang selepas Eman enggan memakan sayur yang dimasaknya.

Suspek kemudian mengambil parang dan menetak anak bongsunya itu beberapa kali sehingga mati.

Ketua polis Muara Enim, Nuryanto berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di belakang kepala, leher dan bahu.

“Wanita itu ditahan selepas beberapa jiran yang terlihat mayat mangsa terbaring berlumuran darah di bawah meja makan membuat laporan polis.

“Mereka masuk ke rumah wanita itu selepas mendengar jeritan suspek dan mangsa,” katanya. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/55116#sthash.qVC2sGUS.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.