Jumaat, 26 Jun 2015

Jumaat, Jun 26, 2015
Indonesia Tak Percaya Rakyat Mereka Perampas MT Orkim Harmony | Kementerian Luar Indonesia masih enggan percaya lapan lelaki yang ditangkap pihak berkuasa Vietnam kerana merompak kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony adalah warganya.

Indonesia Tak Percaya Rakyat Mereka Perampas MT Orkim Harmony

Pejabat Konsul Indonesia di Ho Chi Minh Jean Anes berkata, pihaknya menerima laporan daripada polis Vietnam mengenai butir lapan lelaki yang ditangkap itu, tetapi akan menyiasat lebih mendalam untuk mengesahkan mereka warga Indonesia atau tidak.

Polis Vietnam sebelum ini berkata, kelapan-lapan yang ditahan itu mengaku warga Indonesia.

Mereka sebahagian daripada 13 orang yang didakwa merompak kapal tangki MT Orkim Harmony ketika ia dalam pelayaran membawa 6,000 tan petrol bernilai RM21 juta ke Pelabuhan Kuantan dari Melaka pada 11 Jun lalu.

Menteri Luar Retno Lestari Priansati Marsudi berkata di Jakarta semalam, pihaknya akan melakukan siasatan lebih terperinci sebelum mengesah atau menafikan kelapan-lapan lanun itu warga Indonesia.

Katanya, jika didapati mereka sah rakyat negara itu, kerajaan Indonesia akan menyediakan peguam untuk membela mereka.

Menurut Retno, kementeriannya tidak dapat mengesahkan kelapan-lapan orang itu warga Indonesia kerana status mereka setakat ini hanya berdasarkan pengakuan ketika disoal siasat oleh polis Vietnam.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/59764#sthash.mYCOBmxD.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.