Isnin, 15 Jun 2015

Isnin, Jun 15, 2015
Isteri Ezad Lazim Sah Menghidap Kanser | Disaat ini, Ezad Lazim (Exist) sedang berhadapan ujian yang cukup besar malah dalam masa yang sama turut melibatkan nyawa isterinya, Nor Azeana Ramli yang kini menghidapi kanser selain turut hamil lima bulan.

Isteri Ezad Lazim Sah Menghidap Kanser

“Zeana mengadu sakit perut sewaktu mengerjakan umrah dengan saya Februari lalu. Dia kemudian menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan. Seminggu kemudian dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi”

“Ingatkan selepas itu keadaanya akan pulih, tapi sakit lagi. Apabila dirujuk semula kepada doktor, kami terkejut apabila diberitahu dia (isteri) mungkin menghidap kanser GIST. Doktor mahu Zeana buat imbasan, tetapi akan ada kesan sampingan pada kandungan,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Tambah Ezad lagi,biarpun mengetahui keadaanya itu, isterinya nekad mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan berlaku keajaiban penyakit tersebut akan hilang setelah anak mereka dilahirkan.

Untuk info, ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST) ialah sejenis ketumbuhan yang paling biasa terjadi di saluran usus yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen.

Buat Ezad dan isteri, semoga urusan dipermudahkan dan kami pasti ramai peminat mendoakan yang keselamatan isteri dan keluarga anda.

sumber
http://www.rotikaya.com/isteri-ezad-exist-disahkan-hidapi-kanser/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.