Jumaat, 19 Jun 2015

Jumaat, Jun 19, 2015
Keluarga Zero & Mangsa Kebakaran Masih Perlukan Bantuan Orang Ramai : Anggota Kumpulan Zero iaitu Sharif menjelaskan keluarganya bergantung nasib pada ihsan orang ramai untuk meneruskan hidup selepas menjadi mangsa kebakaran yang turut melibatkan 69 keluarga di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah pada Selasa lalu.

Keluarga Zero & Mangsa Kebakaran Masih Perlukan Bantuan Orang Ramai

Menurut Sharif, keluarganya dan mangsa kebakaran lain kini ditempatkan di dewan kampung berkenaan yang menempatkan kira-kira 400 orang mangsa.

"Keadaan sekarang ini masih serabut kerana Dewan Kampung Pantai Bahagia Kudat yang menempatkan semua mangsa kebakaran tidak mampu untuk menampung 400 orang mangsa.

"Kami di sini masih memerlukan bantuan serta sumbangan daripada orang ramai dari segi khemah, pakaian, makanan dan keperluan asas supaya ia dapat meringankan sedikit beban," katanya kepada mStar Online.

Sharif diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu selepas  kediaman mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, Selasa lalu.

 Selain Sharif, Zero yang merupakan kumpulan adik-beradik turut dianggotai Syaiful dan Atu.

Mereka merupakan juara program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dan bekerja sebagai nelayan.

Menerusi kemenangan tersebut Zero berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

Tambah Sharif, kesemua mangsa kebakaran kini tinggal sehelai sepinggang dan mereka berharap lebih banyak pihak dapat tampil kehadapan untuk membantu memberi bantuan apatah lagi ketika menempuh bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Dalam pada itu, Sharif berkata, hasil wang kemenangan  dalam MLM lalu, mereka ada membelanjakan untuk membaiki rumah iaitu bahagian tandas.

Bagaimanapun sedikit daripada wang berkenaan akan digunakan untuk membantu mangsa lain yang memerlukan.

"Duit kemenangan MLM 2014 masih ada dan kami cuma sempat untuk membaiki keadaan tandas rumah kami pada peringkat pertama.

"Sebenarnya kami sudah merancang untuk memperbaiki rumah pada peringkat kedua tetapi tidak menyangka keadaan sebegini terjadi namun kami akan cuba sedikit sebanyak membantu sebahagian mangsa yang memerlukan," jelasnya.

Sementara itu, Sharif berkata, mereka bersama penduduk kampung yang lain  sedang giat mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk meringkan beban 69 keluarga terlibat.

Pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai terutama barangan terpakai seperti pakaian, seragam sekolah, makanan dan minuman selain keperluan asas lain untuk kegunaan penduduk di sana.

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6.

Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-7210491.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/19/zero-terbakar/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.