Jumaat, 19 Jun 2015

Jumaat, Jun 19, 2015
Kerana Trauma, Ifa Raziah Tangguh Pembedahan Kedua: Walaupun kesihatannya semakin pulih, penyanyi Ifa Raziah masih perlu menjalani pembedahan kedua untuk membuang baki ketulan di payudaranya.

Kerana Trauma, Ifa Raziah Tangguh Pembedahan Kedua

Bagaimanapun, disebabkan masih merasai kesakitan dan trauma pembedahan pertama yang dijalani pada Julai tahun lalu, penyanyi itu memilih untuk menangguhkan prosedur itu.

Kata Ifa Raziah lagi, ketika membuat rawatan susulan baru-baru ini, doktor menasihatinya melakukan pembedahan.

“Sebenarnya, saya merancang menjalani pembedahan pada Ramadan ini, namun ditawarkan menyanyi pula di Restoran Kelantan Delights.

“Saya tidak mahu menolak rezeki, tambahan pula masih trauma dengan pengalaman lalu. Jadi saya minta doktor menangguhkan pembedahan,” katanya.

Penyanyi berusia 39 tahun itu memaklumkan dia perlu menjaga kesihatan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam.

“Kini, saya perlu mengutamakan kesihatan dan tidak boleh rasa tertekan. Saya juga kena berdiet dan ambil makanan tambahan,” katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran bufet Ramadan 2015 di Restoran Kelantan Delights Subang Jaya, baru-baru ini.

Sepanjang Ramadan, Ifa akan berganding dengan Fazli Zainal menghiburkan pengunjung restoran berkenaan selama 25 hari.

Lebih istimewa, pe­nyanyi itu juga menyediakan sendiri masakan gulai kawah mengikut resipi keluarganya di restoran berkenaan.

“Sebelum berbuka puasa, saya turun awal ke restoran untuk memasak hidangan itu. Semua bahan disediakan dan saya cuma memasak,” katanya.

Persembahan pula, Ifa menyanyikan lagu popular, keagamaan dan duet bersama Fazli.

“Ini kali pertama saya bekerja sepanjang Ramadan kerana sebelum ini saya sibuk dengan perniagaan hamper dan kuih. Namun, tahun lalu saya tidak berniaga dan hanya berehat kerana sakit,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/58770?#sthash.XHPpfE0U.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.