Khamis, 18 Jun 2015

Khamis, Jun 18, 2015
Kereta Terbakar, Vanidah Imran Kini Trauma | Vanidah Imran masih dalam keadaan trauma selepas kenderaan jenis Mini Cooper yang dipandunya tiba-tiba terbakar berhampiran plaza tol Serdang menghala ke Sungai Besi dekat sini kira-kira pukul 3 pagi Rabu.

Kereta Terbakar, Vanidah Imran Kini Trauma

Suami aktres berkenaan, Rashidi Ishak ketika dihubungi mStar Online berkata, keadaan Vanidah bagaimanapun tidak membimbangkan dan dia sedang berehat di rumah.

"Alhamdulillah isteri saya selamat biarpun dia sedikit trauma dengan kejadian itu. Syukur dia sempat keluar daripada kereta apabila bahagian enjin kereta berkenaan tiba-tiba terbakar.

"Vanidah hanya menyedari perkara itu selepas ada pemandu lain memberitahu enjin keretanya berasap sebelum dia berhenti di bahu jalan untuk menyelamatkan diri," katanya.

Jelas Rashidi, ketika kejadian Vanidah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama di Serdang.

Rashidi kemudiannya bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan daripada isterinya dan mendapati pihak bomba dan Plus berjaya memadamkan kebakaran.

"Seharusnya saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Plus kerana kecekapan mereka dalam memadam kebakaran tersebut dan paling penting isteri saya selamat.

"Punca kejadian masih belum diketahui tetapi ia berkaitan dengan masalah teknikal," jelasnya.

Sementara itu, Rashidi berkata, dia dan isterinya telah pun membuat laporan polis tentang kejadian tersebut di Balai Polis Puchong dan masih menanti laporan siasatan forensik berhubung kejadian itu.

Untuk rekod, kenderaan dipandu Vanidah itu adalah hadiah kemenangan pasangan berkenaan ketika menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama pada tahun 2007.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/17/kereta-vanidah-terbakar/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.