Khamis, 25 Jun 2015

Khamis, Jun 25, 2015
Kes 'Minum Air Kencing', Balai Pengawal Sekolah Di Lempar Bom Molotov | Satu bom petrol telah dilemparkan di balai pengawal sekolah di mana seorang guru dikatakan telah membuat kenyataan menyuruh muridnya yang bukan Islam untuk meminum air kencing sendiri.


Molotov koktel itu dilemparkan pada dinding berhampiran pondok pengawal di pintu masuk sekolah pada pukul 10 malam Rabu.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Pihak polis sedang menyiasat perkara itu.

"Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu kemudian mengesan suspek dan berjaya menahan mereka yang berusia 20 dan 30-an.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan api," katanya.

Sebelum ini seorang guru yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pelajar berusia dalam lingkungan 50an membuat kenyataan 'gurauan air kencing' itu dalam perhimpunan di sekolah berprestasi tinggi di Sungai Petani 21 Jun.

Surat aduan memperincikan insiden tersebut menjadi viral di laman media sosial.

Kenyataan yang dikeluarkan guru tersebut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ibu bapa yang tampil ke sekolah bagi menuntut penjelasan daripada pihak sekolah pada pagi Isnin.

Sekurang-kurangnya 30 ibu bapa membuat laporan polis dan Jabatan Pendidikan Kedah berhubung perkara itu.

Guru berkenaan dikatakan telah memberitahu murid bukan Islam dalam satu perhimpunan bahawa mereka boleh minum air kencing sendiri sekiranya tidak mempunyai air minuman.

Dia bagaimanapun dilaporkan bertindak keterlaluan dengan mengatakan bahawa mereka yang tidak membawa air minuman boleh meminum air dari paip atau jika tidak, minum air kencing mereka sendiri.

Guru yang terlibat juga telah membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan.

Difahamkan bahawa guru itu telah dipindahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Pelajaran sejak Selasa (23 Jun) sehingga siasatan selesai.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/06/25/bom-petrol-dilempar-di-sekolah/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.