Rabu, 24 Jun 2015

Rabu, Jun 24, 2015
Kes Tuala Mandi, Pengarah Hospital Mohon Maaf | Bermula dengan kes diminta pakai kain batik, nampaknya kontroversi berkaitan isu kain ini tidak berkesudahan. Terbaharu berlaku di Hospital Sungai Buloh apabila seorang pelawat memakai tuala mandi bagi memasuki hospital berkenaan.

Kes Tuala Mandi, Pengarah Hospital Mohon Maaf

Susulan tersebarnya gambar seorang gadis memakai tuala mandi berwarna kuning, Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid Ibrahim tampil memohon maaf di atas insiden tersebut kepada mangsa di atas kesulitan tersebut.

"Kami memohon maaf di atas insiden berkenaan. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan kami tidak menghalang mana-mana pelawat dari memasuki hospital hanya kerana pakaian mereka.

"Bagaimanapun, kami menggalakkan orang ramai untuk berpakaian sopan ketika melawat pesakit," katanya melalui satu kenyataan di Facebook rasmi hospital berkenaan.

Menurut pengguna nama 'Nisha Daddygal', pada 16 Jun, dia ke hospital berkenaan bersama ayahnya untuk melawat seorang pesakit sebelum tidak dibenarkan memasuki premis itu oleh pengawal keselamatan bertugas kerana memakai seluar pendek.

Dia yang berkongsi insiden itu Facebook miliknya beberapa hari kemudian berkata, sebaik sahaja sampai di pagar hospital, beberapa orang pengawal keselamatan menahannya dan berkata, dia tidak dibenarkan masuk kerana seluar pendek yang dipakainya.

"Seperti yang diarahkan, ayah saya kemudian terpaksa masuk ke dalam wad dan meminjam kain tuala pesakit dan memberikan kepada saya untuk menutup bahagian lutut...

"Pengawal keselamatan kata, ini arahan kementerian," tulisnya lagi.

Dia kemudian menulis pesanan kepada wanita-wanita yang ingin ke hospital berkenaan supaya memakai pakaian melepasi paras lutut.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pengarah-hospital-mohon-maaf-kes-pakai-tuala-mandi-1.404216


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.