Khamis, 25 Jun 2015

Khamis, Jun 25, 2015
Lambat Hantar Kereta, Lelaki Maut Di Belasah | Seorang lelaki meninggal dunia 20 Jun lalu selepas koma empat hari akibat dibelasah kumpulan lelaki di dusun durian di Kampung Banjar, Batu 16 1/2, Sungai Tiram, Johor Baharu, gara-gara lewat mengembalikan Proton Waja dipinjam.

Lambat Hantar Kereta, Lelaki Maut Di Belasah

Mangsa, Mohd Khairee Abdullah, 28, parah di kepala selain patah tangan kiri akibat dibelasah sebelum ditahan di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.

Bagaimanapun, selepas empat hari bertarung nyawa, Mohd Khairee disahkan meninggal dunia jam 10.05 pagi, 20 Jun lalu.

Mengimbau kejadian, abang tiri mangsa, Mohd Aimi A Ahmad, 33, berkata, Mohd Khairee meminjam Proton Waja berkenaan daripada rakan namun gagal mengembalikannya mengikut masa ditetapkan.

“Saya difahamkan ketika kejadian, adik minum di gerai di Tasik Saujana, Kota Tinggi bersama tiga rakannya sebelum dia didatangi lelaki berusia 40an yang datang bersama beberapa pemuda.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/59717#sthash.wIradfHq.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.