Jumaat, 26 Jun 2015

Jumaat, Jun 26, 2015
Legasi Saya Dah Musnah, Tun Mahathir | Insiden 'lampu pecah' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menyebabkan paparan muka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir malap seketika sedikitpun tidak mengundang kemarahan veteran politik itu.

Legasi Saya Dah Musnah, Tun Mahathir

"Itu hak mereka. Nak pecah ke nak bakar ke itu hak mereka. Kita negara bebas," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis berbuka puasa dianjurkan Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru pada malam Khamis.

Selain itu, beliau turut ditanya mengenai penglibatan Kerajaan Malaysia dalam penangkapan bekas eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Justo.

Legasi Saya Dah Musnah, Tun Mahathir

"Saya tidak tahu. Kita lihat sekarang ini beberapa ahli propaganda yang bijak bekerja keras. Muka saya pun sudah diconteng arang. Legasi saya juga sudah dimusnahkan," kata beliau.

Justo ditahan pasukan polis Thailand pada Rabu kerana  didakwa telah membocorkan maklumat berkaitan dengan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development  Berhad (1MDB).

sumber
http://www.astroawani.com/berita-politik/legasi-saya-dah-musnah-tun-mahathir-63717?cp


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.