Sabtu, 27 Jun 2015

Sabtu, Jun 27, 2015
Lelaki Ini Sanggup Bedah Mulutnya Sendiri | Seorang lelaki berusia 41 tahun melakukan 10 pembedahan ke atas dirinya untuk membuang ketumbuhan dari mulutnya dengan menggunakan peralatan bedah yang dibeli di hospital, termasuk gunting, pisau bedah dan forsep.

Lelaki Ini Sanggup Bedah Mulutnya Sendiri

Lelaki dikenali sebagai Yu itu melakukan pembedahan di tandas rumahnya dengan menggunakan lampu suluh untuk melihat bahagian dalam mulutnya bagi membolehkan dia memotong sedikit demi sedikit ketumbuhan berkenaan.

Yu berkata, dia mensterilkan peralatan digunakan sejurus sebelum membuat pembedahan dan setiap proses itu mengambil masa setengah jam.

Katanya, dia dan isteri bekerja, namun gaji diperoleh tidak seberapa selain mempunyai anak perempuan yang masih kecil.

“Saya tiada pilihan. Ini kaedah terbaik buat masa ini,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/60205#sthash.wa9OffH2.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.