Rabu, 3 Jun 2015

Rabu, Jun 03, 2015
Lelaki Penjaga Haiwan Di Zoo Maut Di Baham Harimau | Seorang lelaki penjaga haiwan berusia 30-an maut dibaham harimau ketika melakukan kerja-kerja pembersihan dalam kandang haiwan itu, di pusat peranginan di Alor Gajah, kira-kira 2 petang tadi.

Lelaki Penjaga Haiwan Di Zoo Melaka Maut Di Baham Harimau
Gambar Hiasan

Pusat peranginan itu dalam satu kenyataannya berkata, mangsa pekerja warganegara Indonesia berpengalaman menjaga haiwan itu selama lapan tahun.

Menurut kenyataan terbabit, mereka tidak dapat mengesahkan punca haiwan itu menyerang penjaganya.

Pekerja Zoo Maut di Baham Harimau

"Kakitangan perubatan memberi rawatan kecemasan segera di lokasi selama dua minit, sebelum penjaga harimau itu dikejarkan ke hospital."
Menurut kenyataan itu, keluarga mangsa yang diberitahu meminta agar nama mangsa dirahsiakan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/55227#sthash.tjoQ8XSB.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.