Selasa, 2 Jun 2015

Selasa, Jun 02, 2015
Mayat sebulan dalam lokar ditemui : Mayat seorang wanita yang disumbatkan dalam beg pakaian dan dibiarkan dalam lokar di sebuah stesen kereta api selama sebulan ditemui, semalam.

Mayat sebulan dalam lokar ditemui

Begi pakaian itu ditinggalkan dalam lokar Stesen Tokyo hujung April lalu sebelum ia dipindahkan ke bilik setor bagasi yang tidak dituntut selepas tidak ada orang mengambilnya.

Selepas beberapa jari ia masih tidak dituntut, syarikat yang mengendalikan bilik setor itu membukanya.

“Bau sangat busuk apabila kami membuka beg itu. Kemudian kami melihat rambut,” kata jurucakap syarikat kepada wartawan, semalam.

Mayat reput itu milik wanita berusia antara 70 dan 90 tahun, tinggi 140 sentimeter, kata polis.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/55016?#sthash.tUoYwHNh.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.