Sabtu, 27 Jun 2015

Sabtu, Jun 27, 2015
Nad Zainal, "Dia Bukan Kekasih Saya" | Selepas pernah kecewa dalam bercinta Nad Zainal,dilihat enggan lagi bercerita secara terbuka mengenai teman lelaki kerana bimbang perkara sama menimpa dirinya.

Andai ada kepastian barulah dia bersedia untuk berkongsi kebahagiaannya dengan peminat.

Nad Zainal, "Dia Bukan Kekasih Saya"

Katanya, dia tidak selesa bercakap soal teman lelaki selepas mengalami beberapa kegagalan dalam percintaan sebelum ini.

Tambah Nad, dia bimbang hubungan yang terjalin itu tidak berakhir dengan perkahwinan apabila sudah dihebahkan kepada umum.

“Kegagalan dalam hubungan cinta sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati kerana saya bimbang ia tidak akan menjadi seperti diharapkan,” katanya.

Nad turut mengulas tindakannya memuat naik gambar bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya di laman Instagram miliknya, baru-baru ini hingga mendapat perhatian ramai termasuk komen negatif.

Bagaimanapun, Nad menafikan lelaki terbabit kekasihnya, sebaliknya dia salah seorang pekerja di sebuah syarikat produksi.

“Dia bukan kekasih saya, kami cuma sahabat baik. Dia juga senior saya ketika kami sama-sama menuntut di Aswara (Akademi Seni Budaya & Warisan kebangsaan) sebelum masing-masing terpisah selepas tamat pengajian.

“Saya rasa amat bersalah apabila gambar yang saya muat naik itu mendapat komen negatif daripada peminat. Bukan saja saya rapat dengannya, malah pelakon Sherry Alhadad pun akrab dengannya.

Kami bertemu semula beberapa bulan lalu selepas sekian lama tidak berjumpa. Dengan pertemuan semula itu, persahabatan kami kembali terjalin,” katanya.

Nad kemudian memadam gambar terbabit selepas menerima banyak komen negatif dan kecaman pengunjung laman sosialnya itu.

Dia mengakui tindakannya memuat naik gambar itu adalah satu kesilapan sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan pengikutnya di Instagram.

“Tak sangka pula ia mendapat kecaman dan komen negatif. Sebagai kawan sudah tentu saya rasa bersalah kerana dia dihentam teruk dan sebab itu saya padam gambar itu kerana tidak mahu dia terasa hati dan menjejaskan persahabatan kami,” katanya.

Nad berkata, selepas ini dia akan berhati-hati untuk memuat naik gambarnya dengan kawan-kawan.

“Kadang-kadang orang tidak faham cara pergaulan kita. Apabila nampak saya rapat dengan seseorang terus membuat kesimpulan saya bercinta dengannya,” katanya.

Disebabkan sering diberi watak bertudung dalam drama lakonannya, rezeki nyata berpihak buat pelakon kecil molek itu apabila dilantik sebagai duta bagi satu jenama tudung sejak dua tahun lalu.

“Walaupun kami tidak terikat secara kontrak dan perjanjian hanya secara lisan, tetapi kami saling memahami situasi masing-masing. Apabila saya perlu melakonkan watak bertudung, saya akan memakai tudung jenama itu,” katanya.

Dalam pada itu, sempena Ramadan ini Nad akan membuka gerai jualan barangan seperti makanan kering, baju kurung dan tudung sempena Santai Lebaran Fiesta 2015 di Laman Sari, Istana Budaya bermula semalam hingga 16 Julai depan.

Nad Zainal, "Dia Bukan Kekasih Saya"

Bercerita mengenai aktivitinya pada Ramadan ini, Nad berkata, dia lebih memfokuskan kepada bidang perniagaan di mana dia terbabit dengan jualan di bazar di Shah Alam dan di laman santai Istana Budaya sempena Santai Lebaran Fiesta 2015.

“Jika tahun lalu saya banyak terbabit dengan aktiviti seni, tahun ini pula saya cuba untuk fokus kepada perniagaan. Saya sangat teruja sebab ini kali pertama saya berniaga dengan menjual beberapa produk seperti tudung, baju kurung, kuih raya dan paling istimewa sambal kering yang memang dijamin sedap.

“Sepanjang bazar itu diadakan, kalau tidak ada apa-apa yang penting, saya akan berada di gerai,” katanya.

Selain Nad, selebriti lain turut menjayakan Santai Lebaran Fiesta 2015 itu ialah Sherry Alhadad, Erra Fazira, Shuib (Sepahtu) dan Puteri Balqis.

Kepada yang mahu melihat lakonan terbaru Nad, dia akan muncul menerusi dua telefilem berjudul Rumah Kecil Untuk Tuhan dan Dia Ibuku sempena Aidilfitri ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/60510#sthash.PWdaZm7j.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.