Isnin, 15 Jun 2015

Isnin, Jun 15, 2015
Nora Danish Perjelas Sebab Harga Makanan Dan Minuman Kafe Miliknya Mahal | Mempunyai jawapan tersendiri terhadap beberapa peminat yang mengatakan harga makanan di kafe miliknya mahal, Nora Danish menyifatkan harga yang disediakan Kopi & Xoxo adalah berpatutan dengan lokasi selain bahan yang digunakan juga berkualiti tunggu.

Nora Danish Perjelas Sebab Harga Makanan Dan Minuman Kafe Miliknya Mahal

“Sebenarnya harga makanan dan minuman di kafe Kopi & Xoxo itu tidak begitu mahal dan orang ramai juga harus faham kerana ia terletak di Bangsar jadi kami harus menanggung kadar sewa yang agak tinggi”

“Barang-barang digunakan juga berkualiti jadi harga yang dikenakan bersesuaian dengan lokasinya,” katanya kepada mStar Online selain menyatakan keuntungan diperolehi juga tidak lumayan seperti mana dibayangkan kerana usia perniagaan yang baru mula bertapak.

“Kami bukan nak kejar untung semata-mata kerana perniagaan ini dibuat sekadar suka-suka jadi keuntungan yang diambil sebenarnya tidak banyak. Jadi harga yang dikenakan amat berpatutan dan ia amat sesuai kepada pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata kafe tersebut merupakan hasil perkongsian diantara empat orang rakan baiknya yang mengentengahkan konsep kopitiam.

Tambahnya, konsep itu dipilih kerana ia mudah untuk diuruskan dan dalam masa yang sama ia amat bersesuaian dengan gaya hidup pada masa kini.

"Keputusan untuk memilih konsep kopitiam dilakukan selepas melakukan perbincangan dan konsep tersebut adalah paling ideal kerana ia mudah diuruskan," jelasnya.

Terdahulu Nora dan rakanya melabur hampir RM100,000 untuk membuka kafe berkenaan dan ia merangkumi aspek dekorasi, perabot, konsep dan pilihan menu.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/15/nora-danish-caj-mahal/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.