Ahad, 21 Jun 2015

Ahad, Jun 21, 2015
Pemandu Lori Maut, Badan Di Tikam Tangan Di Tetak : Seorang lelaki maut apabila ditusuk objek tajam selepas diserang dua lelaki di pasar malam Pekan Bukit Pelandok, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Pemandu Lori Maut, Badan Di Tikam Tangan Di Tetak

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, A Suthagar, 35, hendak pulang ke rumah selepas berkunjung ke pasar malam berkenaan.

Suthagar yang bekerja sebagai pemandu lori dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.45  malam.

Sementara itu, bapa mangsa, S Anamalai, 63, berkata, ketika kejadian, anaknya sedang membetulkan rantai motosikalnya sebelum didatangi dua lelaki.

Tambahnya, salah seorang daripada suspek menusuk belakang badan mangsa dengan objek tajam, manakala tangan kanannya pula ditetak dengan parang ketika anaknya cuba melawan.

"Lelaki berkenaan lari dengan menggunakan sebuah kereta Proton Wira berwarna kelabu dan ada dua lagi lelaki di dalam kereta tersebut," katanya.

Menurut Anamalai, dia mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan oleh rakan dan bergegas ke lokasi kejadian yang tidak jauh dari rumah.

“Ketika itu, anak saya masih boleh bercakap tetapi keadaannya sangat tenat,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Port Dickson, semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Zulkifli Adamsah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya sedang menyiasat motif kejadian dan usaha mengesan suspek juga dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/badan-ditusuk-tangan-ditetak-1.403178


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.