Rabu, 24 Jun 2015

Rabu, Jun 24, 2015
Pengawal Peribadi Jutawan Penipu Parah Di Tetak | Seorang pengawal peribadi seorang jutawan penipu cedera parah diserang dan ditetak lebih 30 kali oleh sekumpulan lelaki bermotifkan balas dendam.

Pengawal Peribadi Jutawan Penipu Parah Di Tetak

Dalam kejadian jam 5.45 pagi kelmarin, mangsa berusia 30-an dilaporkan cedera parah dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan selepas diserang berhampiran sebuah hotel di Petaling Jaya.

Sumber berkata, mangsa diserang sekumpulan lelaki ketika pergi minum di sebuah pusat hiburan bersama seorang rakannya.

“Pertengkaran itu menjadi serius hingga menyebabkan kumpulan suspek ‘naik hantu’ dan menyerang mangsa dan rakannya.

“Bagaimanapun rakan mangsa sempat melarikan diri manakala mangsa dibelasah dan ditetak kumpulan suspek membabitkan antara enam hingga lapan individu,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/59670#sthash.WjR8dr91.dpuf    


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.