Sabtu, 13 Jun 2015

Sabtu, Jun 13, 2015
Peniaga Kosmetik Mati Di Tembak Selepas Makan Malam : Seorang peniaga kosmetik berusia 34 tahun ditembak mati selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Nilai, pada malam Jumaat lepas.

Peniaga Kosmetik Mati Di Tembak Selepas Makan Malam

Lim Kim Song dari Serdang, Selangor sedang berjalan menuju ke arah keretanya dengan beberapa rakan kira-kira pukul 11.15 malam sebelum didatangi dua lelaki dalam sebuah kereta Audi.

Pemandu tersebut kemudiannya menurunkan cermin kereta dan melepaskan empat das tembakan ke arah mangsa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritenden Abdullah Roning berkata empat das tembakan tersebut mengenai mangsa yang berdiri kira-kira empat meter dari kereta Audi tersebut.

“Rakan-rakannya membawa mangsa segera ke Hospital Tuanku Ja’afar tetapi dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan,” kata Abdullah.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Abdullah berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan itu.

Sehingga kini masih tiada tangkapan dilakukan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/06/13/peniaga-kosmetik-mati/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.