Khamis, 25 Jun 2015

Khamis, Jun 25, 2015
Penuntut IPTS Mabuk Di Tahan Langgar Kereta Polis | Penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh belakang kereta peronda polis ditahan beberapa jam selepas kejadian Isnin lalu.

Penuntut IPTS Mabuk Di Tahan Langgar Kereta Polis | Penuntut institusi pengajian tinggi swast

Remaja terbabit yang memandu kereta itu pada mulanya melarikan diri sejurus kejadian di Jalan Pudu menghala ke pusat bandar namun berjaya dikesan dan ditahan.

Rakaman video berkaitan kejadian rempuhan yang berdurasi 1.22 minit itu mula tersebar di laman sosial sejak Isnin lalu.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kemalangan yang berlaku pada 8.55 pagi itu mengakibatkan kereta peronda polis terbabit berpusing beberapa kali sehingga terbabas ke kanan jalan.

"Kami berjaya mengesan remaja terbabit sebelum menahannya pada hari sama dan ujian dijalankan mendapati dia dibawah pengaruh alkohol. Remaja berkenaan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Penuntut IPTS Mabuk Di Tahan Langgar Kereta Polis

#Hurmm....bebas gak ehh bdk kat ats nih...ingat kene masuk lokap dulu lam 3/4 mlm.....anak VVIP kot???

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/59893#sthash.a7tJMNOg.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.