Isnin, 15 Jun 2015

Isnin, Jun 15, 2015
Rahim Sepahtu Meninggal Dunia Khabar Palsu | Dek masuk hospital kerana sukar bernafas (berpunca daripada gastrik), khabar angin mengenai Rahim Sepahtu meninggal dunia cepat tersebar dan empunya diri ketika dihubungi Astro Gempak menafikan perkara tersebut.

Rahim Sepahtu Meninggal Dunia Khabar Palsu

“Sebenarnya ia tidak begitu serius cuma sewaktu selesai mengadakan persembahan saya mengalami masalah sukar untuk bernafas akibat daripada komplikasi yang berpunca dari gastrik. Selepas melihat keadaan saya begitu, mereka segera menghantar saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut”

“Alhamdulillah, panjanglah umur saya. Kepada mereka yang menyebarkan berita palsu dan tidak benar tentang keadaan saya itu, hentikanlah kerana ia akan menyebabkan keadaan jadi huru-hara”

Rahim Sepahtu Meninggal Dunia Khabar Palsu

“Kepada rakan-rakan yang telah membantu saya pada hari kejadian terutama Jep dan Shuib, pertolongan mereka tidak terluah dengan kata-kata,” katanya yang turut manfikan dakwaan mengatakan dia dikejarkan ke hospital kerana masalah jantung.

Rahim juga menyatakan yang dia pernah berhadapan dengan kejadian serupa ketika sedang menjalani penggambaran tidak lama dahulu.

Rahim Sepahtu Meninggal Dunia Khabar Palsu

Apa pun, semoga Rahim dapat berpuasa penuh dan tidak diserang gastrik ketika berpuasa nanti. Rahim Sepahtu terpaksa dikejarkan ke Hospital Jengka, Pahang selepas mengalami sesak nafas sejurus mengadakan persembahan Konsert Jelajah Sepahtu di Kompleks Sukan Jengka pada Sabtu lalu.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor menjelaskan punca masalah itu berpunca daripada pemakanan tidak menentu sehingga menyebabkan gastrik dan sesak nafas.

Selain itu, menerusi Instagramnya Rahim turut memuat naik video pendek menyatakan yang dirinya sihat. Tulisnya," Sy sihat...Alhmdullilah"



sumber
http://www.rotikaya.com/berita-rahim-sepahtu-meninggal-dunia-palsu/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.