Khamis, 18 Jun 2015

Khamis, Jun 18, 2015
Rumah Zero Di Sabah Hangus Terbakar : Kediaman di kampung halaman kumpulan Zero yang terletak di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam (Selasa).

Selain itu, 69 buah rumah lain yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.


Sementara itu, pengurus kumpulan tersebut, Shafeeqa Johari memberitahu, semua ahli kumpulan Zero kini sudah berada di kampung tersebut dan kini mereka bersama penduduk kampung yang lain kini sedang giat mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk meringkan beban 69 keluarga terlibat.

Rumah Zero Di Sabah Hangus Terbakar

“Ini dugaan besar buat mereka semua dan saya bagi pihak Zero mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai memandangkan Ramadan akan tiba esok (Khamis). Alhamdulillah setakat ini ramai menghulurkan bantuan termasuk rakan-rakan artis dan pihak kami akan terbang ke Sabah pada Isnin ini untuk menghantar barangan tersebut,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6.

Rumah Zero Di Sabah Hangus Terbakar

Manakala bagi para peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghub
ungi Shafeeqa di talian 017-721 0491.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/17/rumah-zero-terbakar/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.