Sabtu, 6 Jun 2015

Sabtu, Jun 06, 2015
Sembilan Lagi Mayat Ditemui Di Gunung Kinabalu | Pasukan penyelamat menemui sembilan lagi mayat di Gunung Kinabalu menjadikan angka kematian terkini akibat gempa bumi yang melanda Sabah pada Jumaat kepada 11 orang.

Sembilan Lagi Mayat Ditemui Di Gunung Kinabalu

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Gunung Kinabalu akan ditutup sekurang-kurangnya selama tiga minggu bagi membolehkan operasi pembersihan berikutan kerosakan teruk di laluan pendaki, tempat penginapan dan kemudahan lain.

Beliau yang bercakap pada sidang media bersama dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, polis mempunyai pasukan forensik yang bersedia untuk mengenal pasti mayat-mayat yang dibawa keluar dari kawasan pergunungan.

Pendaki Amerika Cerita Batu Bergolek Ke Rumah Ketika Gempa Di KK

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah yang turut sama dalam sidang media berkata, mereka sedang menunggu keadaan cuaca yang baik di kawasan pergunungan bagi membolehkan helikopter mengangkut kesemua mayat.

Mengenai penutupan Gunung Kinabalu, Masidi berkata, ia bagi membolehkan pihak Taman-Taman Sabah meneliti kerosakan dan menentukan pembaikan yang perlu dilakukan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/06/06/sembilan-mayat-ditemui/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.