Isnin, 22 Jun 2015

Isnin, Jun 22, 2015
Shah Iskandar Cedera Ditimpa Motosikal Sendiri | Shah Iskandar terpaska berehat selama sebulan daripada bidang seni selepas mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan pergelangan kaki kanannya akibat kemalangan seminggu yang lalu.

Shah Iskandar Cedera Ditimpa Motosikal Sendiri

Kata Shah, biarpun keadaannya tidak serius namun doktor menyarankan supaya dia berehat sekiranya mahu segera kembali berlakon.

"Saya sepatutnya menggunakan tongkat atau pun kerusi roda untuk tidak memberikan tekanan kepada kaki kanan saya tetapi biasalah degil.

"Alhamdulillah saya tidak mengalami kecederaan yang begitu teruk tetapi ia tetap mengambil masa untuk sembuh sekiranya saya tidak berehat dengan secukupnya," katanya kepada mStar Online.

Shah ditemui ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran syarikat rakaman Sony Music di Hotel Royale Chulan, Jumaat lalu.

Menceritakan kejadian tersebut, Shah berkata, dia terjatuh selepas gagal mengelak lopak sebelum dia rebah lalu dihempap oleh motosikal miliknya sendiri.

"Ketika kejadian saya berhenti di lampu isyarat dan semasa hendak tukar gear saya tidak perasan ada lopak dan tidak sempat mengelak sebelum hilang kawalan.

Shah Iskandar Cedera Ditimpa Motosikal Sendiri

"Akibatnya saya dihempap oleh motosikal sendiri dan Alhamdulillah ada penggguna jalan raya lain menolong mengangkat saya ke tempat selamat," ujarnya.

Sementara itu, tempoh rehat tersebut akan digunakan untuk pulang ke kampungnya di Woodlands, Singapura bagi menghabiskan masa bersama keluarga bersempena Ramadan dan Aidil Fitri.

"Ada hikmahnya juga kejadian ini kerana dapat bersama keluarga terutama ibu saya sepanjang Ramadan ini," katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/21/shah-iskandar-cedera/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.