Khamis, 25 Jun 2015

Khamis, Jun 25, 2015
Simpan Untuk Halau Monyet - Datuk Budak Mangsa Mercun | “Saya memang ada simpan mercun dalam rumah untuk halau monyet. Tapi, saya tak tahu macam mana mercun itu boleh berada di tangan cucu,” kata Osman Hamid, 75, datuk kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang menjadi mangsa pertama mercun pada Ramadan kali ini.

Simpan Untuk Halau Monyet - Datuk Budak Mangsa Mercun
Osman menunjukkan tempat cucunya cedera bermain mercun
Dalam kejadian itu, beberapa jari kiri Muhd Azman Syakir Muhd Saizi hancur terkena mercun ketika bermain di hadapan rumahnya di Kampung Tanjung Sepa.

Osman berkata, mercun miliknya disimpan di dalam bilik, malah cucunya itu mengetahui tempat dia menyimpannya.

Menurutnya, dia melarang cucunya supaya tidak mengambil serta bermain mercun berkenaan.

Luluh Hati Ibu Melihat Tangan Anak Hancur Kerana Mercun

“Sudah banyak kali saya beritahu dia, jangan ambil atau main dengan mercun. Saya hanya gunakan ia untuk menghalau dan menakutkan monyet yang cuba menceroboh rumah.

“Dia (cucu) faham larangan saya dan patuh dengan larangan itu. Dia tidak pernah mengambil mercun itu untuk bermain,” katanya.

Katanya, difahamkan mercun berkenaan berwarna merah dan dianggarkan sebesar jari kelingking.

Osman berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa cucunya selepas tiba ke rumah dari kedai.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/59731#sthash.kVwQK4tj.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.