Jumaat, 12 Jun 2015

Jumaat, Jun 12, 2015
"Terima Kasih Malim, Kita Akan Bertemu Tidak Lama Lagi"- Bapa Kanak-Kanak Cedera | Seorang warga Singapura menghubungi malim gunung, Mhd Rizuan Kauhinin secara peribadi bagi mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan anaknya.

Terima Kasih Malim, Kita Akan Bertemu Tidak Lama Lagi"- Bapa Kanak-Kanak Cedera

Malah bapa kepada seorang kanak-kanak yang tercedera dalam tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Rizuan.

"Saya menerima panggilan beberapa hari lepas daripada bapa kanak-kanak itu," kata Rizuan, yang gambarnya mendukung kanak-kanak lelaki yang tercedera menjadi viral di laman sosial.

Semasa dihubungi, Rizuan diberitahu bahawa nama kanak-kanak itu adalah Wafeeq dan dia kini sedang menjalani rawatan akibat kecederaan yang dialaminya.

Bapa kanak-kanak itu juga memberitahu Rizuan bahawa mereka ingin bertemu dengannya secepat mungkin selepas Wafeeq kembali sihat.

"Saya katakan juga kepadanya bahawa saya juga mempunyai keinginan yang sama," katanya memberitahu bahawa perbualan mereka agak ringkas.

Rizuan bukan sahaja memikul Wafeeq di belakangnya turun dari Gunung Kinabalu, penunjuk arah berusia 25 tahun itu juga sentiasa risau terhadap keselamatan kanak-kanak tersebut walaupun selepas sampai ke pusat operasi mencari dan menyelamat di kaki Gunung Kinabalu.

Selain itu Rizuan berkata dia mahu mendapatkan rehat yang cukup selepas penutupan sementara Taman Kinabalu.

Bagaimanapun dia dan rakan-rakannya bimbang mengenai kemungkinan mereka tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh yang panjang.

"Buat masa ini kami masih menganggur tetapi kita bersyukur di atas bantuan dan sumbangan yang kami terima setakat ini," kata lelaki berketurunan Dusun dari Kampung Lembah Permai di kaki Gunung Kinabalu itu.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/06/12/terima-kasih-malim/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.