Jumaat, 26 Jun 2015

Jumaat, Jun 26, 2015
Terpotong Hidung Rakan Kerana Nak Tunjuk Bakat | Gara-gara menunjukkan bakat bermain memotong sosej menggunakan pedang di satu majlis keraian, seorang lelaki terpotong hujung hidung rakannya.

Terpotong Hidung Rakan Kerana Nak Tunjuk Bakat

Rakaman mengejutkan mengenai kejadian itu jelas menunjukkan aksi dua rakan berkenaan apabila seorang daripadanya yang memakai topi besbol melentokkan badannya ke belakang dengan menggigit sosej.

Rakannya dilihat menghayunkan pedang dan bersedia memotong sosej berkenaan walaupun cara dia memegang senjata itu nampak tidak stabil.

Sebaik menghayunkan pedang, orang ramai menjerit apabila dia gagal memotong sosej itu, sebaliknya memotong hidung rakannya.

Terpotong Hidung Rakan Kerana Nak Tunjuk Bakat

Mangsa dilihat menekup mukanya manakala rakannya menutup mulutnya dengan tangan kerana terkejut.

Kejadian dipercayai berlaku di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan latar belakang dalam rakaman itu.

Ia menjadi viral dengan pengguna Internet rata-rata menulis pesanan ‘jangan lakukan ini di rumah.’ - Agensi



Nah ko...trus hilang hidung nih....iskkk
Posted by Kezoom on Thursday, 25 June 2015


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/60046#sthash.UnjE2qVU.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.