Khamis, 4 Jun 2015

Khamis, Jun 04, 2015
1
Tuduhan Bercerai Beri Kesan Pada Suami - Siti Nurhaliza | Tuduhan kononnya sudah bercerai sedikitpun tidak memberi tekanan kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebaliknya ia mendatangkan kesan kepada keluarganya dan juga suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Tuduhan Bercerai Beri Kesan Pada Suami - Siti Nurhaliza

Tambah Siti lagi, kesan itu timbul apabila ahli keluarga mereka terpaksa menjawab banyak soalan daripada saudara-mara dan kenalan masing-masing yang mahukan kepastian mengenai fitnah itu apabila ia mula tersebar di Internet.

"Ikhlas dan jujurnya saya tidak rasa terganggu sehingga sekarang. Selepas fitnah itu tersebar, takdelah saya tidak boleh tidur sebab geram dan sebagainya.

“Kehidupan saya berjalan seperti biasa cuma saya kesian dekat ahli keluarga yang perlu menjawab fitnah tersebut kerana sering ditanya saudara dan rakan,” katanya.

Tambah Siti, dia mengharapkan penulis blog tersebut berubah serta bertaubat supaya tidak lagi mengamalkan perbuatan seperti itu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

“Pesanan saya tolong kembalilah ke jalan yang benar. Jika dia orang Islam, bertaubatlah kerana fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

“Kalau kita agama Islam, kita perlu tahu batas-batas agama dan jangan menggunakan kemudahan Internet atau laman blog yang dibuat untuk mencari rezeki dengan cara begitu,” katanya.

Selain itu, Siti memaklumkan gambar yang digunakan penulis blog tersebut merupakan gambarnya sewaktu menziarahi jenazah Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini tahun lepas.

Dalam kejadian minggu lalu tersebar cerita kononnya Siti dan suaminya yang juga dikenali sebagai Datuk K telah bercerai selepas sebuah blog memuatkan gambar Siti dengan tajuk berkaitan cerai.

Namun selepas dibaca, berita yang ditulis itu sebenarnya adalah kisah lama mengenai kakak kepada Siti iaitu Siti Norsaida.

Sementara itu, bagi program SSDH 2015, ia merupakan program kali ke-4 yang dijalankan oleh SimplySiti Sdn. Bhd. bersama IJN Foundation dan Watsons.

SSDH merupakan satu program untuk membantu pembelanjaan kos rawatan kanak-kanak yang terpilih bagi menjalankan pembedahan.

Pada tahun ini, tiga orang kanak-kanak yang terpilih ialah Siti Nur Ain Mohd Sukri, Tan Kai En dan Somroot Ijom.

Bagi membantu menjayakan program ini, setiap pembelian produk SimplySiti bernilai RM100 di Watsons, sebanyak 5% akan disumbangkan buat kanak-kanak tersebut.

Dalam perkembangan lain, Siti juga akan turut menjelajah ke tujuh lokasi Watsons terpilih sepanjang program ini berlangsung bermula 15 Jun hingga 15 Julai ini depan.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita


1 comments:

  1. siapa buat fitnah dapat dosa, Org yg kena fitnah dapat pahala..so no problem lah Hjh Siti..

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.