Jumaat, 26 Jun 2015

Jumaat, Jun 26, 2015
Tun M Ingatkan Cucu Ajak Berselfie |  Satu video yang dimuatnaik oleh cucu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke laman sosial mengujakan ramai pengikut setia ikon negara itu.

Tun M Ingatkan Cucu Ajak Berselfie

Lucunya, dalam video itu, Dr Mahathir menyangkakan cucunya hendak mengambil selfie dengannya sudah tersenyum lebar, namun 'malu-malu' apabila dikatakan aksi mereka itu sebenarnya sedang dirakam.

"Oh video, saya ingatkan ambil foto," kata Dr Mahathir kepada cucunya kemudian membuat mimik muka comel pada lensa kamera.

Video berdurasi 10 saat itu yang dikongsi di media sosial sejak semalam itu sudah dikongsi lebih 900 pelayar dan ditonton lebih 100,000 ketika berita ini ditulis.

Dr Mahathir berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan.

Dr Mahathir juga mempunyai tiga orang anak angkat.


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.