Selasa, 23 Jun 2015

Selasa, Jun 23, 2015
Tyrese Gibson Nafi Peluk Agama Islam | Tyrese Gibson hari ini menafikan beliau telah memeluk Islam selepas tersebarnya khabar angin tersebut sejak awal Ramadan tahun ini.

Tyrese Gibson Nafi Peluk Agama Islam

"Dengan hormat saya menjelaskan (bahawa) saya bukan seorang Muslim, saya seorang Kristian sejak dilahirkan.

"Saya menghormati semua agama dan ada ramai kawan Muslim yang sangat baik. Saya sudah mendalami budaya dan saya hormati budaya," kata Gibson hari ini dalam sebuah perkongsian di laman sosial Facebook.

Beberapa hari lepas, foto ucapan selamat berpuasa dan sebuah lagi foto yang menunjukkan beliau memakai serban dan jubah telah memberi bayangan kepada orang ramai bahawa beliau juga menyambut Ramadan.

"RAMADAN al-Mubarak untuk semua  umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini yang membuatkan peminat menyangka dia telah memeluk Islam.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/tyrese-gibson-nafi-peluk-agama-islam-1.403613


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.