Ahad, 21 Jun 2015

Ahad, Jun 21, 2015
Wan Maimunah Dah Bercerai? : Pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 62, dilapor sudah tidak lagi bersama suaminya seorang pengusaha kedai makan Kacang Pol yang popular di bandaraya Johor Baharu.

Wan Maimunah Dah Bercerai?

Pasangan itu yang dinikahkan selepas waktu Maghrib pada 14 Disember 2013 di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru dikatakan sudah berpisah sejak beberapa minggu lalu, dan pelakon itu kini kembali ke Kuala Lumpur.

Pihak media TV Selatan dikatakan cuba menghubungi pelakon yang pernah memenangi Anugerah Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular untuk lima tahun berturut sejak 1992 itu, tetapi gagal.

Wan Maimunah Sah Bergelar Janda

Pihak TV Selatan kemudiannya menghubungi Makpol Saimon, 55, untuk mengesahkan status hubungan mereka, bagaimanapun pengusaha Kacang Pol itu hanya tergelak dan enggan mengulas lanjut.

sumber
http://www.tvselatan.com.my/tv/index.php/buletins/berita-terkini/8-news/396-wan-maimunah-bercerai


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.