Isnin, 8 Jun 2015

Isnin, Jun 08, 2015
Zamri Baba Masih Kritikal : Keadaan pelumba negara, Mohd Zamri Baba yang terbabit insiden ngeri pada perlumbaan pusingan dua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Sentul, Indonesia dilaporkan masih kritikal.

Zamri Baba Masih Kritika

Memetik laporan media Indonesia, Zamri yang beraksi dalam kelas perdana, SuperSport 600cc, dikatakan masih belum sedarkan diri di Hospital Petra Permata, Sentul, berdekatan litar terbabit dengan pemerhatian lanjut sedang dijalankan.

Promoter ARRC, Two Wheels Motor Racing dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan insiden terbabit.

Zamri, 34 yang dianggap pelumba terbaik negara di perlumbaan membabitkan negara Asia itu terjatuh ketika pusingan keempat perlumbaan dan dirempuh pelumba di belakangnya.

Kejadian berlaku mirip insiden ngeri membabitkan bekas pelumba MotoGP, Marco Simoncelli ketika GP Malaysia, empat tahun lalu sehingga meragut nyawa penunggang kelahiran Itali itu.

 "Kami masih belum berani mengambil sebarang tindakan kerana tahap kesedarannya masih 3-4. Jika sudah 7-8 baru kami berani mengambil tindakan," kata Steven, doktor yang merawatnya di hospital terbabit, memetik laporan mobilinanews.com.

Seorang lagi doktor yang merawat Zamri, Wendy berkata, mereka masih berusaha untuk memindahkannya ke hospital terbaik di Jakarta atau di Kuala Lumpur.

P/s: Video kemalangan ada kami muatkan dilaman Facebook kami. Setelah melihatnya kami sangsi dgn kemalangan tersebut...adakah pelumba dibelakang sengaja melanggar beliau?

sumber
http://www.bharian.com.my/node/59919?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.