Khamis, 18 Jun 2015

Khamis, Jun 18, 2015
Zulin Aziz Kesal Difitnah Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen | Pengacara Zulin Aziz terpaksa menggunakan Instagram untuk mendedahkan identiti individu yang menuduhnya menggunakan bomoh bagi mendapatkan cinta anggota kumpulan Forteen iaitu Ariz kerana menganggap fitnah tersebut melampaui batas.

Zulin Aziz Kesal Difitnah Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen

Zulin, 25, berkata, serangan daripada individu yang menggunakan nama @sitifatimahlufias88 terhadapnya sudah beberapa kali berlaku sehingga membuatkan dia hilang sabar.

"Saya cuba untuk tidak memperbesarkan isu ini tetapi sampai menuduh saya menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan cinta lelaki... bagi saya itu melampau dan mampu menjatuhkan maruah saya.

"Atas sebab itu juga saya bertindak mendedahkan individu berkenaan di Instagram saya agar dia dapat menghentikan perbuatan tersebut," katanya.

Zulin Aziz Kesal Difitnah Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen

Dalam pada itu, Zulin berkata, motif individu berkenaan kerana cemburu keakrabannya dengan Ariz selain berusaha untuk melihat mereka bermusuhan.

Bagaimanapun kata Zulin, dia tidak keseorangan dalam hal berkenaan kerana Ariz juga turut diganggu oleh wanita sama yang terlalu fanatik dengan penyanyi itu.

"Saya tidak tahu wanita berkenaan ada masalah mental atau dia sekadar suka-suka menganggu dan menuduh saya tetapi ia semakin tidak terkawal.

"Malah Ariz sendiri yang memaklumkan kepada saya tentang tuduhan terbaharu yang mengatakan saya menggunakan ilmu hitam," jelasnya.

Sementara itu, menjelaskan hubungannya dengan Ariz, Zulin menegaskan mereka hanya sekadar sahabat baik dan tidak pernah mempunyai hubungan istimewa.

Zulin turut menasihati peminat penyanyi itu agar tidak terlalu fanatik terhadap seseorang artis sehingga sanggup menganiaya dan memfitnah orang lain.

Zulin Aziz Kesal Difitnah Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen

"Saya dan Ariz memang tiada apa-apa walaupun sudah banyak kali kami menjelaskan hubungan kami hanya sekadar sahabat baik.

"Perasaan cemburu segelintir peminat yang terlalu taksub dengan artis kesayangan mereka menyebabkan perkara ini terjadi dan berharap golongan ini hentikan perbuatan tersebut," jelasnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/18/zulin-aziz-bomoh/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.