Khamis, 23 Julai 2015

Khamis, Julai 23, 2015
12 Mat Motor Jadi Penyelamat : Sekumpulan kira-kira 12 penunggang motosikal nekad mengejar sebuah kereta yang dilarikan seorang penjenayah sejurus menyedari ada tiga kanak-kanak di dalam kenderaan itu.

12 Mat Motor Jadi Penyelamat

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, pemilik kereta model Honda City itu dikatakan memberhentikan keretanya berhampiran sebuah pasar raya di Taman Pelangi Semenyih di sini, untuk pergi ke tandas berhampiran.

Difahamkan tiga anak mangsa berusia lima hingga lapan tahun ditinggalkan di dalam kereta itu sebelum penjenayah mengambil kesempatan melarikan kenderaan itu.

Difahamkan, bapa kanak-kanak itu pergi ke tandas sebelum diekori isterinya bersama seorang lagi anak perempuannya berusia dua tahun.

Mereka sekeluarga baru tiba dari kampung di Kelantan dan mahu pulang ke rumah terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/65611?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.