Rabu, 15 Julai 2015

Rabu, Julai 15, 2015
2 Anggota Tentera Cedera Di Tembak : Dua anggota tentera cedera di paha dipercayai terkena tembakan ketika meronda di Sungai Golok,  sekitar jam 5.35 petang tadi.

2 Anggota Tentera Cedera Di Tembak

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jeli, untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber polis berkata, ketika kejadian, anggota tentera terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke pangkalan selepas meronda di sekitar Sungai Golok.

“Kira-kira 400 meter dari Pos Machang, ada tembakan dilepaskan dari arah sempadan Thailand dan mengenai tepat paha anggota tentera itu.

“Tembakan dipercayai menggunakan senapang angin,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang dihantar ke hospital dilaporkan stabil.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/64290?#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.