Jumaat, 10 Julai 2015

Jumaat, Julai 10, 2015
2 Orang Ini halang Saya Masuk Syurga DAP - A Samad Said | Pak Samad berkata, beliau sedar tindakannnya masuk ke dalam parti DAPi telah mengundang kritikan-kritikan daripada pelbagai pihak termasuklah yang mengaitkan tindakannya itu dengan "saham" akhirat.

2 Orang Ini Yang Halang Saya Masuk Syurga DAP - A Samad Said

Katanya, terdapat dua individu yang berpandangan keputusannya menyertai DAP sebagai ‘penghalang’ untuk masuk ke syurga iaitu penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Ikatan Muslim Muslim Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman.

“Ada dua orang ini yang ‘halang’ saya masuk syurga, itu tak apa. Saya hanya tak mahu sia-siakan usia saya ini,” katanya. (Kenapa nak sia-siakan usia Pak Samad dengan parti yang terang-terang menolak hukum Islam? Apakah Pak Samad juga menolak hukum Islam? dan kami juga mahu mendengar pandangan Pak Samad tentang perkara ini!!!!)

Ridhuan Tee sebelum ini mengkritik Pak Samad dan menasihatkannya supaya memilih wadah politik atau pekerjaan yang boleh membawa ke syurga, bukan memilih menyertai DAP.

Abdullah Zaik pula berkata Pak Samad sepatutnya berfikir untuk mati dalam kebaikan bukan memilih menyertai DAP.

Pak Samad pada Jun lalu secara rasminya menyertai DAP yang sebelum ini sering kali diserang Umno dan PAS kerana dikatakan parti cauvanis Cina.

Terdahulu, Sasterawan negara Datuk A. Samad Said berkata Lim Kit Siang adalah seorang rakan yang paling memahami diri dan perjuangannya.

Beliau berkata, penasihat DAP itu paling mengenali dirinya berbanding rakan-rakannya lain yang berbangsa Melayu.

“Ada teman yang faham, ada teman yang tak faham. Tapi yang paling kenal diri saya adalah Lim Kit Siang. Kami sama-sama kerja sebagai wartawan pada tahun 60-an dulu,” katanya ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersih 2.0 .

Beliau yang mesra dipanggil Pak Samad berkata, setelah menghabiskan masa selama enam dekad dengan menulis tetapi ketika berusia 83 tahun, beliau memutuskan untuk mencari sedikit kelainan dengan menyertai politik secara langsung.

“Terakhir saya cari jalan sedikit lain. Saya kata kepada Lim Kit Siang orang selalu ambil ‘new blood’, tapi ini ambil ‘old blood’.

“Tidak apa-apa, saya cuma mahu berkhidmat kepada rakyat. Parti itu mempunyai impian yang sesuai dengan diri saya,” katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/07/09/lks-kenal-saya/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.