Rabu, 8 Julai 2015

Rabu, Julai 08, 2015
3 Anggota Polis Cedera Kereta Bertembung Ketika Kejar Suspek | Tiga anggota polis cedera, manakala seorang terselamat selepas dua kereta peronda yang mereka naiki bertembung sesama sendiri ketika mengejar kereta suspek yang lari daripada sekatan jalan raya di Kilometer 68.5 Jalan Ipoh- Kuala Lumpur, bidor, awal pagi tadi.

3 Anggota Polis Cedera Kereta Bertembung Ketika Kejar Suspek

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi, Koperal Mohd Nizam Mat Min, 30, dan Lans Koperal Shazwi Johari, 28, dari Balai Polis Bidor sedang mengejar kereta suspek yang melarikan diri dari sekatan dengan melalui jalan alternatif menuju ke pekan ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw, berkata sebuah lagi kereta peronda dari Balai Polis Tapah datang dari arah pekan Bidor cuba menghalang kereta suspek namun berjaya dielak dan meloloskan diri.

"Pada masa sama, kereta polis Balai Bidor yang mengejar dari belakang kereta suspek tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta polis Balai Tapah yang berusaha menghalang kereta suspek dari arah hadapan.


"Kereta polis Balai Bidor melanggar bahagian belakang penjuru kiri kereta polis Balai Tapah menyebabkan kereta itu terbabas dan melanggar tiang," katanya. Somsak berkata, dua anggota dari Balai Tapah mengalami kecederaan di belakang kepala dan dada sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

"Seorang anggota dari Balai Bidor cedera ringan di kaki dan mendapatkan rawatan di Hospital Tapah (HT) sebagai pesakit luar," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/66533


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.