Isnin, 13 Julai 2015

Isnin, Julai 13, 2015
4 Cedera Di Serang Perusuh Low Yat | Sekurang-kurangnya empat dilaporkan cedera termasuk petugas media dari China Press dan Sin Chew Daily dalam rusuhan berhampiran Plaza Low Yat, malam tadi.

4 Cedera Di Serang Perusuh Low Yat

Rusuhan bermula berhampiran sebuah hotel di sini apabila kumpulan berkenaan mula menyerang seorang daripada mangsa menggunakan topi keledar dan beberapa objek lain.

Beberapa anggota polis cuba menyelamatkan mangsa dan terpaksa mengeluarkan senjata untuk menghalang perusuh daripada menyerang mangsa, tetapi tidak berjaya

Pada masa sama, sekumpulan 20 lelaki memasuki sebuah bangunan berhampiran dan melepaskan kemarahan dengan memecahkan pintu kaca premis berkenaan.

Polis mengarahkan kumpulan perusuh beredar pada jam 12.40 pagi. Sehingga kini, polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), masih berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

4 Cedera Di Serang Perusuh Low Yat

Semua laluan berhampiran Plaza Low Yat termasuk Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang dikosongkan sehingga keadaan benar-benar selamat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, mengesahkan keadaan kembali terkawal dan polis mengarahkan pemantauan secara penuh di semua kawasan berhampiran Bukit Bintang.

"Saya juga ingin menegaskan supaya semua pihak tidak terpengaruh dengan sebarang hasutan yang meminta orang ramai supaya turun ke sesuatu lokasi disebabkan masalah perkauman.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/67623


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.