Rabu, 15 Julai 2015

Rabu, Julai 15, 2015
4 Jurujual HP Plaza Low Yat Di Tahan : Empat jurujual kedai telefon bimbit yang terbabit dalam insiden pergaduhan ditahan di Plaza Low Yat, kira-kira 4 petang tadi.

4 Jurujual HP Plaza Low Yat Di Tahan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, empat lelaki berusia 19 tahun hingga 29 tahun itu ditahan di tingkat bawah Plaza Low Yatt.

"Mereka adalah jurujual di kedai telefon bimbit dipercayai terbabit di dalam pergaduhan di Plaza Low Yat.

"Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan," katanya.

Kekecohan bermula malam sabtu lalu hingga awal pagi kelmarin, apabila sekumpulan perusuh bertindak agresif membuat kecoh di pusat beli-belah itu kerana percaya khabar angin yang tersebar melalui laman sosial.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/64274#sthash.IuWXnpyE.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.