Sabtu, 11 Julai 2015

Sabtu, Julai 11, 2015
6 Gambar Sekitar Letupan Motorsikal Di Padang Besar, Thailand | Malam tadi berlaku satu letupan bom yang dikhabarkan diletak pada sebuah motorsikal di Padang Besar Thailand.

Gambar Sekitar Letupan Motorsikal Di Padang Besar, Thailand

Namun sehingga kini tidak ada laporan rakyat Malaysia mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kejadian letupan bom yang berlaku di hadapan sebuah pusat karaoke di Padang Besar, Thailand pada 9.30 malam tadi.

Gambar Sekitar Letupan Motorsikal Di Padang Besar, Thailand

Pengarah Jabatan Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata, kejadian yang berlaku di hadapan kedai Dragon Karaoke menyebabkan empat pekerja warga negara jiran itu tercedera.


"Setakat ini dilaporkan empat orang perempuan rakyat Thailand, seorang majikan dan tiga pekerja Dragon Karaoke cedera parah dan dihantar ke Hospital Sadao dan Hatyai," katanya dalam kenyataan.



Gambar Sekitar Letupan Motorsikal Di Padang Besar, Thailand

Menurutnya, letupan dipercayai berpunca daripada bom yang dipasang di sebuah motosikal di hadapan pusat karaoke terbabit. - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/tiada-rakyat-malaysia-cedera-dalam-letupan-bom-1.409536


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.