Isnin, 6 Julai 2015

Isnin, Julai 06, 2015
Akim Dorong Stacy Puasa | Kisah percintaan pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy Anam kini bukan lagi rahsia. Malah mereka berdua dilihat semakin terbuka bercerita mengenai hubungan cinta mereka berbanding sebelum ini.

Akim Dorong Stacy Puasa

Terbaru, masing-masing Akim, 24, dan Stacy, 25, dilihat meletakkan gambar satu sama lain sebagai gambar profil aplikasi WhatsApp.

Akim mengejutkan banyak pihak apabila akhirnya membuka mulut mengenai hubungan cintanya dengan Stacy ketika ditemubual sebuah stesen radio tempatan Februari lalu. Pengakuannya itu memberi noktah kepada teka teki hubungan rapatnya dengan Stacy.

Malah, kini Stacy turut berkongsi bahawa dia sedang belajar menjalani ibadah puasa. Biarpun hanya dua hari, Stacy mengakui bersahur dan berbuka puasa memberi nikmat berbeza buatnya. "Buat kali pertama saya belajar untuk berpuasa.

Lain rasanya perasaan apabila berbuka setelah seharian berpuasa. Tetapi setakat ini saya baru dapat berpuasa selama dua hari saja kerana faktor kesihatan kurang mengizinkan. Batuk dan selesema pula. "Saya turut berkunjung ke rumah Akim untuk berbuka puasa bersama ibu bapanya.

Jika ada jodoh antara saya dan Akim, ..adalah. Lagipun puasa juga dapat membantu dari segi kesihatan juga," kata Stacy. Pelantun lagu Gilalah itu mengakui Akim banyak memberi dorongan dan sokongan serta bersabar menjalani ibadah puasa.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/65877


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.