Khamis, 23 Julai 2015

Khamis, Julai 23, 2015
Amyza Aznan Mula Hilang Sabar Sikap Kru Sewa Rumahnya | Amyza Aznan terkilan dengan sikap segelintir kru produksi yang tidak menjaga kebersihan rumahnya yang disewakan untuk tujuan penggambaran.

Amyza Aznan Mula Hilang Sabar Sikap Kru Sewa Rumahnya

Kata beliau lagi, barangan di rumah juga kerap rosak sehingga membuatkan ada masanya dia hilang sabar.

"Memang sejak dahulu lagi rumah saya menjadi lokasi penggambaran untuk disewa. Tetapi sayangnya kebanyakan kru produksi tidak menjaga kebersihan rumah dengan baik.

"Malah ada juga barang di rumah rosak. Sebagai contoh, langsir dan pintu pagar. Sampaikan pasu bunga saya menjadi tempat pembuangan sampah pula.

"Mujurlah  suami begitu peka dan akan meminta bayaran ganti rugi sebelum kru produksi berkenaan pulang," katanya.

Tambah Amyza, perkara itu juga membuatkan kru produksi sering dihalau ketika menjalani penggambaran.

Dalam pada itu Amyza juga hanya membenarkan penggambaran dijalankan tidak lebih dari tiga hari.

"Walaupun ada masanya sakit hati dengan sikap segelintir kru yang tiada kesedaran sivik, namun jika dipandang sudut yang lain, ia memberi tambahan pendapatan buat saya dan keluarga.

"Jadi saya masih lagi sewakan rumah dengan harapan kru produksi yang bakal menggunakan rumah saya dapat menjaga kebersihan dan barangan dalam rumah," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/07/23/amyza-hilang-sabar/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.