Rabu, 8 Julai 2015

Rabu, Julai 08, 2015
Bayi Di Kerat 6 Meninggal Dunia Sebelum Lahir | Hasil bedah siasat bayi dikerat enam yang ditemui di dalam tangki najis rumah di Kampung Manggol, dekat sini, semalam mendapati mangsa sudah meninggal dunia ketika dilahirkan dan ada kesan hirisan daripada objek pipih dan tajam.

Bayi Di Kerat 6 Meninggal Dunia Sebelum Lahir
Lokasi mayat bayi ditemui

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, enam bahagian yang dikerat itu adalah kepala, bahagian depan dada, bahagian tepi dan belakang dada, bahagian abdomen, kaki dan tangan kiri.

Menurutnya, polis masih mencari baki bahagian tangan dan kaki yang belum ditemui dan siasatan lanjut mendapati bayi itu adalah perempuan.

Senjata yang digunakan suspek untuk memotong bayi juga masih belum ditemui.

“Senjata yang digunakan untuk mengerat mangsa belum ditemui. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Tambahnya, bapa kepada mayat bayi tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

Terdahulu, seorang wanita berusia 31 tahun bertindak kejam apabila sanggup memotong bayi yang dilahirkannya kepada lebih enam bahagian sebelum membuangnya ke dalam lubang tandas dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra kelmarin.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/62962#sthash.pe3U9htB.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.