Khamis, 9 Julai 2015

Khamis, Julai 09, 2015
Berlubang Tangan Kena Peluru | Seorang wanita cedera parah pada mulut selain pergelangan tangan kirinya berlubang selepas terkena beberapa das tembakan di persimpangan lampu isyarat berhampiran tol Sungai Buloh.

Berlubang Tangan Kena Peluru

Dalam kejadian pukul 8 pagi semalam, mangsa yang merupakan ketua kerani sebuah gereja, Lim Tiah Lay, 51, dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebelum berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Mangsa kemudian dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang memakai topi keledar serta berjaket hitam.

Bagaimanapun, pembonceng motosikal itu tiba-tiba turun dan berjalan ke sebelah kanan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dipandu mangsa sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah wanita tersebut.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.