Sabtu, 25 Julai 2015

Sabtu, Julai 25, 2015
BSN Nafi Duit ATM Mereka Keluar Tiba-Tiba : Bank Simpanan Nasional (BSN) menafikan dakwaan mesin pengeluaran wangnya di BSN cawangan Jalan Tun Razak, Alor Setar mengeluarkan wang sebanyak RM500 secara tiba-tiba.

BSN Nafi Duit ATM Keluar Tiba-Tiba

BSN  dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan telah menjalankan siasatan yang terperinci terhadap perkara berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang, Kedah.

“Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (cctv) mendapati bahawa masalah itu timbul  disebabkan oleh kecuaian seorang pelanggan tertinggal  kad  pintar BSN miliknya secara tidak sengaja selepas membuat transaksi pemindahan wang. Akibatnya  individu lain mengambil kesempatan  mengeluarkan wang menerusi mesin yang sama,” katanya.

Jelas kenyataan itu, BSN menegaskan bahawa setiap ATM BSN dilengkapi oleh sistem keselamatan yang tinggi dan selamat untuk digunakan oleh para pelanggan BSN.

Artkel Berkait: Duit Mesin ATM Keluar Tiba-Tiba

"Di samping itu, kami juga ingin menasihati setiap pelanggan kami agar sentiasa peka dengan penggunaan kad ATM ketika menjalankan transaksi perbankan di mesin-mesin ATM mahupun di kaunter-kaunter BSN berdekatan anda.

"BSN juga berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan laporan yang tidak sahih mengenai perkara ini dan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1-800-88-1900 sekiranya terdapat sebarang kesulitan atau sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan produk kami.

"BSN menghargai maklum balas dari  orang ramai dan akan terus menyediakan akses perbankan yang mudah, selamat dan selesa untuk semua pelanggan kami," menutut kenyataan itu.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/bsn-nafi-atm-keluarkan-wang-secara-tiba-tiba-1.412661


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.