Isnin, 13 Julai 2015

Isnin, Julai 13, 2015
Budak 3 Tahun Maut Terkena Syaf Lori : Kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas komponen syaf sebuah lori tercabut lalu menembusi cermin bahagian penumpang depan kereta bapa mangsa dan mengenai kepalanya.

Budak 3 Tahun Maut Terkena Syaf Lori

Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang semalam di Kilometer 32 Jalan Klang-Banting-Port Dickson.

Katanya, ketika kejadian kereta yang dipandu bapa mangsa mengikuti lori berkenaan sebelum 'shaft' terbabit tercabut dan terpelanting seterusnya menembusi cermin serta mengenai kepala mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala lalu dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan.

"Kira-kira jam 6 petang mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/63866?#sthash.4swUH4qM.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.